fbpx

Video kanak-kanak panjat beranda rumah cetus kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi kanak-kanak memanjat beranda di Presint 15 yang tular.

PUTRAJAYA – Video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang berjalan dan bermain-main di luar beranda sebuah pangsapuri di sebuah kuarters penjawat awam di sini mengundang kebimbangan orang awam.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lapan ke sembilan tahun dilihat memanjat pagar beranda dan berjalan di sepanjang kaki lima beranda itu.

Kanak-kanak itu juga berjalan di beranda dan kemudian menjenguk beranda di sebelah rumah jirannya.

Turut kelihatan dalam video itu adalah seorang lagi kanak-kanak yang berada di beranda rumah berkenaan.

Berdasarkan rakaman video itu, kanak-kanak berkenaan seperti sudah biasa memanjat pagar beranda berkenaan dan melakukan aksi ngeri itu.

Tidak dipastikan bila kejadian itu dirakam namun, ia tidak harus dibiarkan kerana dibimbangi mengundang kecelakaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara itu dan ia berlaku di sebuah kuarters penjawat awam di sini.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Balai Polis Presint 7 untuk berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

“Saya difahamkan, Ketua Balai Polis Presint 7 juga sudah berhubung dengan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI