fbpx
MAJLIS Tahnik, Maulid dan aqiqah yang diadakan Siti baru-baru ini di kediamannya menerima kecaman ramai baru-baru ini.

Siti Nurhaliza, Khalid dikompaun RM10,000 langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kompaun sebanyak RM10,000 dikenakan masing-masing kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan majlis tahnik anak kedua pasangan itu di kediaman mereka di Ampang, April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kompaun tersebut dikenakan selepas mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya yang telah meneliti kertas siasatan diberikan pihaknya.

Katanya, ini susulan kegagalan pematuhan SOP termasuk penjarakan fizikal sewaktu bergambar dan sebagainya.

“Kompaun sebanyak RM2,000 turut dikeluarkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

“Selain itu, turut dikenakan jumlah kompaun yang sama adalah tiga lagi ahli anak Khalid,” katanya pada sidang akhbar secara maya, hari ini.- K! ONLINE

POPULAR