fbpx

7,857 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 7,857 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Negara merekodkan kes harian melepasi angka 7,000 untuk tiga hari berturut-turut dengan 7,857 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif mencecah 541,224 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,675 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 772 kes dan Kelantan sebanyak 754 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur (561 kes), Johor (549 kes), Kedah (441 kes), Pulau Pinang (365 kes), Negeri Sembilan (353 kes), Terengganu (282 kes), Pahang (238 kes), Melaka (234 kes), Perak (228 kes), Sabah (217 kes) dan Labuan (170 kes).

“Putrajaya pula dengan 12 kes baharu manakala, sebanyak enam kes di Perlis,” katanya pada media sosial beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI