fbpx

Tidak pakai pelitup muka, Tajuddin disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis akan membuka satu kertas siasatan terhadap Tajuddin selepas didapati tidak memakai pelitup muka

PETALING JAYA – Polis akan membuka satu kertas siasatan terhadap Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika sidang akhbar sebaik meninjau insiden kemalangan membabitkan dua buah tren di Stesen KLCC semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan akan dijalankan oleh polis Dang Wangi di bawah dua akta.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta342) dan Peraturan 17(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan 2021.

“Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya sebaik siasatan terhadap kes tersebut selesai dijalankan.

“Polis Diraja Malaysia turut menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Kegagalan mematuhi sop ini membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI