fbpx

Segmen motor pacu keuntungan Sime Darby

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masyarakat yang kini terdorong membeli kenderaan mewah telah memberi manfaat kepada Kumpulan Sime Darby.

PETALING JAYA – Sime Darby Bhd. (Sime Darby) merekodkan kenaikan sebanyak 89 peratus dalam untung bersih Kumpulan bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 manakala untung bersih bagi suku ketiga meningkat kepada RM300 juta berbanding RM115 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, peningkatan keuntungan itu dipacu oleh ­prestasi yang baik daripada segmen motor khususnya di China.

Selain itu, keuntungan sebelum cukai dan faedah bagi suku berkenaan pula tumbuh sebanyak 75 peratus kepada RM463 juta berbanding suku ketiga tahun lalu.

Ia disumbangkan oleh jualan daripada Motor China yang mana keuntungan sebelum cukai dan faedahnya tumbuh kepada RM125 juta.

Jumlah hasil bagi suku ketiga adalah sebanyak RM11 bilion.

“Segmen motor memainkan peranan penting dengan mencatat prestasi yang baik pada suku ketiga ini disokong oleh permintaan yang kukuh daripada segmen kereta mewah khususnya di pasaran utama di China dan Australasia.

“Kekangan untuk melancong ke luar negara telah mengubah minat masyarakat ke arah aktiviti membeli-belah di pasaran domestik dan membeli barangan jenama mewah yang mana ia telah memberi manfaat kepada Kumpulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Tambah Sime Darby, dalam segmen penjagaan kesihatan, syarikat usaha samanya, Ramsay Sime Darby Health Care te­lah memuktamadkan pengambilalihan Manipal Hospital Klang, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI