fbpx

Momentum positif Boustead Plantations bagi suku pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga jualan minyak kelapa sawit memacu pertumbuhan baik bagi prestasi kewangan Boustead Plantations bagi suku pertama tahun ini.

PETALING JAYA – Boustead Plantations Bhd, (Boustead Plantations) terus mencatat momentum positif bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 dengan merekodkan keuntungan selepas cukai yang tinggi iaitu RM11 juta berban­ding defisit RM12 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai mengukuh kepada RM19 juta dengan hasil sebanyak RM172 juta dan keuntungan selepas operasi meningkat kepada RM33 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ibrahim Abdul Majid berkata, keputusan yang menggalakkan itu dipacu oleh kenaikan harga minyak kelapa sawit.

“Harga jualan purata harga minyak kelapa sawit mentah (CPO) meningkat kepada RM3,751 setan metrik (MT).

“Kami berbangga kerana dapat mengekalkan momentum positif dengan mencatat keputusan kewangan yang baik pada suku pertama ini.

“Menuju masa depan, prestasi Kumpulan akan disokong oleh pengeluaran kelapa sawit dan juga harga CPO.

“Kami optimistik terhadap harga kenaikan CPO bakal menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan bagi tahun ini, meskipun akan berlaku kadar pengeluaran yang sederhana ekoran kekurangan tenaga pekerja dalam industri perladangan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Ibrahim menerangkan, pengambilan pekerja asing te­lah terjejas ekoran penutupan sempadan akibat pandemik Co­vid-19 dan dalam masa yang sama, Malaysia kini sedang menjalani program vaksinasi secara berperingkat.

“Faktor ini telah memberi cabaran kepada Kumpulan untuk mengambil pekerja tempatan bekerja di ladang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI