fbpx

Lockdown diri sendiri, usah harapkan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TIADA total lockdown, tiada sekatan pergerakan yang ketat seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Hari ini, rakyat masih boleh membeli makanan di restoran pilihan dan pergi mengunjungi pusat-beli belah di dalam daerah sendiri. Cuma PKP 3.1 kali ini, semua operasi perniagaan hanya dibuka sehingga pukul 8 malam.

Pergerakan kenderaan di atas jalan raya hari ini juga pasti akan berkurangan jika arahan kerajaan yang menetapkan 80 peratus kakitangan awam dan 40 peratus pekerja swasta perlu bekerja dari rumah dipatuhi majikan.

Sebelum ini ramai yang berharap kerajaan melaksanakan total lockdown bagi mengurangkan kes penularan Covid-19 yang kini mencecah sampai 7,000 kes sehari. PKP 3.0 seolah-olah tidak memberi kesan untuk menurunkan kes Covid-19.

Malah, penularan virus itu semakin mengganas dengan varian yang menakutkan. Rakyat sedia berkurung di dalam rumah kerana mereka sudah penat dengan PKP yang tiada kesudahannya.

Namun kerajaan berpendirian untuk tidak melaksanakannya dengan mengambil kira kepentingan rakyat terutama peniaga yang dikhuatiri akan gulung tikar selain mengelakkan lebih ramai yang mungkin kehilangan pekerjaan.

Jadi, sudah tiba masanya untuk kita membuat total lockdown ke atas diri sendiri dan keluarga. Jangan harapkan kerajaan untuk menjaga diri kita dan keluarga.

Jangan tunggu kerajaan laksanakan total lockdown, barulah kita mahu kawal pergerakan, makan pun kita tidak tunggu sampai kerajaan yang suruh.

Cuba kurung diri sendiri dan keluarga di dalam rumah, keluar hanya perlu dan bukannya mengambil kesempatan untuk melepaskan kebosanan. Jika tiada urusan penting, duduk diam di rumah kerana Covid-19 tiada kenderaan untuk bergerak kecuali kita yang membawanya.

Jangan mengambil kesempatan untuk bertemu rakan-rakan ketika berjoging dan berbasikal. Kita tidak tahu status sama ada kawan-kawan itu sudah dijangkiti Covid-19.

Jangan kita asyik menuding jari menyalahkan orang itu dan ini tanpa melihat diri kita sendiri yang kadangkala turut melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Buktikan rakyat Malaysia mempunyai disiplin diri yang tinggi. Kalau kita mempunyai disiplin diri yang tinggi, total lockdown sememangnya tidak diperlukan, cukup sekadar diperketatkan SOP.

Kali ini senjata peperangan kita menentang Covid-19 adalah sikap diri kita sendiri. Kita pernah berjaya melandaikan lengkungan graf jangkitan Covid-19 sehingga kes menjadi kosong dan kita boleh berjaya sekali lagi dengan mengamalkan self lockdown.

Kita tiada pilihan sama ada menempah maut atau berjaya melepasi sangat getir jika dijangkiti Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI