fbpx
Wee Ka Siong

Kemalangan tren berpunca daripada kecuaian pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kemalangan tren perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya melibatkan tren bernombor 40 (TR40) dan tren 81 (TR81) dikenal pasti berpunca daripada kecuaian hostler atau pemandu yang memandu TR40 dalam arah yang salah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, TR40 yang sepatutnya bergerak ke arah south bound didapati bergerak dalam orientasi berlainan iaitu ke arah north bound sekali gus mengakibatkan pelanggaran berlaku antara kedua-dua tren terbabit.

“TR40 ialah gerabak kosong yang tiada penumpang dan dikendalikan secara automated train operation (ATO) dari Gombak ke depoh Subang iaitu ke arah selatan.

“Ia bagaimanapun mengalami kegagalan dan berhenti ketika menghampiri stesen Kampung Baru. Pemandu telah dihubungi dan diarahkan memandunya secara manual untuk dibawa ke depoh,” katanya dalam sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Ka Siong berkata, TR81 yang menerima maklumat bahawa TR40 telah beredar dari stesen Kampung Baru kemudiannya berlepas dari stesen KLCC ke stesen berkenaan sebelum dilaporkan bertembung dengan TR40 pada pukul 8.33 malam semalam. -K! ONLINE