fbpx

Bersiar-siar pakai gelang ‘pink’, lelaki dikompaun RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang memakai gelang berwarna merah jambu atau pesakit di bawah pengawasan (PUS) dikenakan kompaun RM4,000 selepas didapati berada di dalam sebuah komplek makanan di Teluk Air Tawar, Butterworth di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan lelaki berusia 58 tahun itu sedang berkeliaran di kawasan tersebut.

“Siasatan mendapati dia masih dalam tempoh kuarantin.

“Justeru dia dikenakan kompaun RM4,000 atas kesalahan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 27 kompaun kepada orang awam selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

“25 daripadanya didapati melakukan kesalahan berkumpul tanpa mengamalkan penjarakan fizikal di beberapa lokasi yang diperiksa dan dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang.

“Seorang pemilik kilang turut dikenakan kompaun RM2,000 kerana tidak mengimbas kod aplikasi MySejahtera dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI