fbpx

Atta Halilintar beli tanah untuk dirikan sekolah tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atta Halilintar (kiri) berkata dia juga mahu membangunkan ladang supaya anak-anak sekolah boleh menjadi usahawan. -Archyde

JAKARTA – selebriti Indonesia, Atta Halilintar memberitahu bahawa dia baru membeli sebidang tanah seluas 20 hektar di Jawa Barat untuk dijadikan sekolah menghafal al-Quran, lapor laman berita Suara.com semalam.

“InshaAllah saya akan buat sesuatu di sini, semoga ramai adik-adik yang menghafal al-Quran dan merupakan kesayangan nabi ditempatkan di sini,” katanya menerusi video di YouTube sambil menunjukkan tanah yang dibelinya.

Suami kepada Aurel Hermansyah itu berkata,  dia berharap sekolah agama itu akan memberi manfaat kepada orang ramai.

Melihat lokasi tanah itu yang luas, Atta menambah,  selain mendirikan sekolah, dia juga akan membuat kebun dan sawah di situ.

“Banyak yang boleh dibangunkan di sini, mungkin saya akan wujudkan kawasan ternakan, kebun dan sawah yang membolehkan aktiviti bercucuk tanam. Jadi, mereka yang tinggal di sini nanti boleh jadi usahawan,” katanya. 

Atta berkata, dia berhasrat membangunkan ekonomi di kawasan itu dan bagi mengelakkan calon hafazan al-Quran di situ kebosanan, mereka juga kelak diberi peluang belajar pengurusan ekonomi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI