fbpx

Majoriti jururawat Covid-19 Jepun mahu berhenti kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 34.3 peratus daripada jururawat berkata mereka pernah didiskriminasi dan diganggu kerana merawat pesakit Covid-19. – Hospital Universiti Kindai/Kyodo News

TOKYO – Satu kaji selidik terbaharu mendapati lebih 50 peratus jururawat yang bekerja di hospital-hospital Covid-19 di Jepun pernah terfikir untuk berhenti kerja, lapor agensi berita Kyodo News kelmarin.

Perkara itu didorong peningkatan tekanan terhadap sistem perubatan negara akibat kenaikan angka pesakit Covid-19 di negara matahari terbit itu sejak akhir-akhir ini.

Kaji selidik tersebut dijalankan oleh Kesatuan Hospital Kebangsaan Jepun pada Januari dan Februari lepas.

Sebanyak 230 responden mengambil bahagian dengan 51.3 peratus atau 118 orang jururawat berkata, mereka sama ada sering atau kadang-kadang pernah mempertimbangkan berhenti kerja disebabkan tekanan melampau atau bimbang dijangkiti virus maut itu.

Sebahagian responden yang mempertimbangkan untuk berhenti itu pula mengaku mengalami keletihan teruk ekoran kerja lebih masa yang berterusan serta dibayar dengan gaji rendah.

Sementara itu, kaji selidik tersebut turut mendapati seramai 79 jururawat atau 34.3 peratus daripada responden berkata mereka pernah didiskriminasi dan diganggu masyarakat kerana merawat pesakit Covid-19.

Sebanyak 55.7 peratus pula pernah mengalami keadaan perubahan ketara pada keadaan fizikal atau psikologi mereka seperti berasa tertekan dan letih sepanjang masa serta tubuh badan terhidrat kerana memakai sut perlindungan diri (PPE) ketika bekerja.

Jepun kini berdepan dengan kenaikan kes Covid-19 sehingga memaksa kerajaan negara itu melaksanakan perintah darurat di beberapa wilayah termasuk Tokyo, Osaka, Okinawa dan Hiroshima.

Kesemua gabenor di 47 wilayah di Jepun dalam satu mesyuarat yang diadakan secara maya minggu lalu berkata, kekurangan petugas perubatan dalam program vaksinasi negara itu memberikan cabaran kepada sasaran kerajaan untuk melengkapkan imunisasi kepada golongan warga emas menjelang hujung Julai ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI