fbpx

10,000 rakyat Kelantan tidak hadir janji temu vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Dianggarkan seramai 10,000 penduduk di Kelantan tidak hadir untuk menerima suntikan vaksin fasa kedua di 19 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri ini sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, berdasarkan data jabatan, kebanyakan daripada individu yang tidak hadir itu terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Katanya, selain itu, ramai daripada jumlah itu turut memberi alasan tidak hadir kerana mempunyai masalah peribadi.

“Sebahagian besar daripada individu juga dikenalpasti tidak memaklumkan mengenai ketidakhadiran mereka untuk menerima vaksin fasa kedua kepada PPV.

“Apabila JKNK menerima senarai awal penerima vaksin, kita akan menghubungi setiap orang sama ada mereka boleh hadir atau tidak pada masa yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Zain, bagaimanapun, JKNK tidak akan menghubungi semua penerima kerana jumlahnya terlalu ramai dan mereka sebenarnya boleh memeriksa tarikh suntikan melalui aplikasi MySejahtera

Mengulas lanjut, ujarnya, penerima vaksin Covid-19 boleh menunda tarikh suntikan atau lokasi PPV dengan menghubungi hotline MySejahtera.

Menurutnya, jika penerima tidak dapat hadir pada tarikh temu janji yang ditetapkan, pihaknya akan menghubungi orang lain untuk menggantikan tempat bagi mengelakkan pembaziran bekalan vaksin.

“Setakat ini, 19 PPV di Kelantan dibuka di enam daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Jeli, Machang, Kuala Krai dan Bachok.

“Sehingga semalam, lebih 340,000 individu mendaftarkan nama mereka melalui MySejahtera dan ia masih rendah bagi jumlah keseluruhan penduduk di Kelantan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI