fbpx

Tahanan meninggal dunia disyaki akibat jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahanan yang berusia 43 tahun itu meninggal dunia ketika proses dokumentasi di pejabat JSJ, IPD Gombak semalam.

PETALING JAYA – Seorang tahanan lelaki yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah (ugutan) meninggal dunia akibat sesak nafas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek yang berusia 43 tahun itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Gombak sekitar pukul 11.20 pagi, hari yang sama.

“Suspek ditahan di hadapan pos pengawal di sebuah kilang di Taman Selayang Baru, Gombak bersabit satu kes ugutan jenayah dan merupakan individu dikehendaki di IPD Gombak bagi tujuan dokumentasi.

“Setelah tiba di IPD Gombak pada pukul 11.40 pagi, ketika berada di pejabat JSJ, suspek telah mengalami sesak nafas.

“Pihak polis telah menghubungi Hospital Selayang untuk bantuan kecemasan, bagaimanapun Penolong Pegawai Perubatan yang memberikan rawatan telah mengesahkan suspek meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mempunyai sejarah rawatan penyakit jantung.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan menunggu hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

“Semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI