fbpx

Polis Sabah panggil Yong Chee Kong beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Polis Sabah sudah memanggil individu dikenali sebagai Yong Chee Kong bagi membantu siasatan ekoran dakwaan terbabit dalam penipuan sumbangan vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, beliau mengesahkan individu yang dimaksudkan sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk memberi keterangan.

“Bagaimanapun, polis menafikan individu yang dimaksudkan kini ditahan.

“Setakat ini lelaki berkenaan dipanggil untuk memberi kerjasama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi untuk mengulas isu penipuan sumbangan vaksin oleh ahli perniagaan dari Sabah yang dikenali sebagai Yong Chee Kong.

Ahli perniagaan terbabit yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat di Hong Kong mencetuskan kontroversi selepas dikatakan menawarkan sumbangan vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi sidang media baru-baru ini mendedahkan perkara berkenaan adalah tidak benar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Khairy mendakwa tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang adalah satu penipuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI