fbpx

Serangan Israel zalim, cabul undang-undang antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyifatkan serangan berterusan Israel kepada rakyat Palestin yang berterusan sehingga kini bermula Ramadan lalu sebagai tindakan zalim.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tindakan Israel itu juga adalah mencabul undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

“MAIS menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas serangan dan kekejaman tentera Israel ke atas rakyat Palestin yang telah menyebabkan ratusan rakyat Palestin terkorban dan cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.

“Umat Islam khususnya di Selangor diharap terus menyokong agenda pembebasan negara Islam Palestin dari kekejaman dan pencerobohan tentera Zionis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, umat Islam juga amat digalakkan untuk melaksanakan solat hajat dan membaca qunut nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan perlindungan rakyat Palestin.

Abdul Aziz menjelaskan MAIS bersama rakan strategiknya iaitu 96 buah Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang berdaftar dengannya telah melakukan pelbagai program termasuk pungutan dana, solat hajat dan berdoa serta wacana, forum dan sebagainya sejak 2012.

“MAIS turut mengiktiraf pengalaman beberapa PIBK yang telah lebih awal melaksanakan program dan misi bantuan kepada masyarakat Islam di luar negara yang ditimpa musibah termasuk di Palestin,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI