fbpx

Ain Edruce bersalin, rahsiakan dulu jantina anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN EDRUCE

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Ain Edruce selamat bergelar ibu selepas melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan swasta, malam tadi.

“Setelah berbelas-belas jam di dalam hospital, akhirnya saya bersalin,” katanya ringkas menerusi perkongsian dalam InstaStory miliknya.

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Nurulain Edruce, 30, itu tidak memperincikan butiran kelahiran termasuk jantina bayi.

Sebaliknya, Ain mengajak peminat membuat tekaan terlebih dulu sebelum memperkenalkan si kecil kepada umum dalam masa terdekat.

Terdahulu, beberapa jam sebelum memasuki dewan bersalin, video bintang drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu menunggu saat melahirkan tular di media sosial.

Ramai teruja mengikuti perkembangannya yang masih aktif berkongsi momen manis bergelar ibu walaupun sedang melalui kontraksi.

Menerusi temu bual dengan media ketika sarat hamil, dia pernah memaklumkan berharap dapat bersalin secara biasa, bukan menerusi pembedahan.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas beberapa bulan mengikat pertunangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI