fbpx

Wanita positif Covid-19 lari PKPD untuk sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sedang menjalankan prosedur awal sebelum ujian saringan Covid-19 di kawasan PKPD Kampung Pauh Lima, Bachok semalam.

KOTA BHARU – Tindakan seorang wanita warga emas melarikan diri dari Mukim Bunut Susu, Pasir Mas yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 9 Mei lalu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri membawa nasib malang apabila tujuh saudaranya kini dijangkiti Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, warga emas yang berusia dalam lingkungan 60-an itu dipercayai lari ke rumah ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat.

Katanya, bagaimanapun, wanita itu disahkan positif Covid-19 pada hari raya kedua dan disahkan menjangkiti tujuh saudara-maranya.

“Kita dapat mengenal pasti ketiadaan wanita itu selepas menyedari dia gagal dikesan meskipun nama ada dalam senarai penduduk di situ. Selepas siasatan dilakukan, JKNK menerima maklumat bahawa warga emas itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat.

“Kita telah mengarahkan Pejabat Daerah Kesihatan Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan agar dia menjalani ujian saringan Covid-19. Keputusan ujian itu keluar pada hari raya kedua baru-baru ini yang mendapati dia sudah dijangkiti Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Kampung Pauh Lima di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini sehingga 1 Jun depan.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Mengulas lanjut, menurut Zaini, JKNK kini sedang mengesan kontak rapat kepada warga emas terbabit untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dengan segera.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI