fbpx

Pusat panggilan sindiket perjudian diserbu, 10 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan yang dirampas ke atas sindiket perjudian dalam talian di Johor Jaya, Johor Bahru, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Satu sindiket perjudian dalam talian tumpas apabila polis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan pusat panggilan aktiviti haram di Taman Sunway, Bukit Lenang, Johor Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, serbuan pada pukul 6.30 petang itu berjaya menahan 10 suspek terdiri daripada enam lelaki dan empat perempuan.

Katanya, kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30 tahun.

“Turut dirampas dalam serbuan itu, 11 komputer, 46 telefon bimbit pelbagai jenama, satu fail dokumen disyaki rekod perjudian, 143 keping simkad, satu modem dan router internet dan 14 keping kad ATM pelbagai bank.

“Modus operandi sindiket ini ialah menjadikan rumah kediaman sebagai pusat transaksi pemindahan dan pengeluaran wang secara online melalui akaun bank daripada perjudian yang beroperasi di luar negara.

“Anggaran transaksi membabitkan kumpulan ini adalah diantara RM50,000 hingga RM100,000 yang menyasarkan Malaysia, Singapura dan Hong Kong dijadikan pusat aktiviti perjudian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, sindiket perjudian yang hanya sempat beroperasi selama dua bulan sebelum diserbu dan hasil siasatan mendapati sindiket itu berpusat di Kemboja.

“Kesemua suspek yang merupakan pekerja sindiket itu ditahan kini dikenakan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Mei.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 serta penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI