fbpx

Prayut arah hentikan sistem vaksinasi tanpa janji temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk Thailand disuntik dengan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Bangkok. – AFP

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, menghentikan sistem perkhidmatan suntikan vaksinasi Covid-19 tanpa janji temu di negara itu, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Hal ini bagi mengelakkan berlakunya situasi orang ramai berkumpul di pusat vaksinasi dan menjadi marah sekiranya gagal mendapatkan suntikan.

Dalam satu mesyuarat kabinet yang diadakan secara maya, Prayut berkata, beliau tidak bersetuju dengan sistem vaksinasi tanpa janji temu kerana boleh menyebabkan orang ramai berang serta menimbulkan huru-hara di beberapa lokasi pusat vaksinasi terutamanya di Bangkok.

Beliau sebaliknya mahu format vaksinasi baharu diwujudkan seperti pendaftaran di lokasi tertentu, ujar satu sumber.

Buat masa ini, sebuah aplikasi, Mor Prom dibangunkan sebagai saluran utama bagi penduduk Thailand menempah slot janji temu suntikan vaksin serta beberapa agensi berkaitan telah diarahkan untuk memastikan aplikasi tersebut berfungsi tanpa sebarang masalah.

“Perdana Menteri mahu setiap orang yang terlibat agar berhenti bercakap mengenai vaksinasi tanpa janji temu sehingga langkah sebenar diputuskan.

“Orang ramai akan marah dan merungut jika mereka pergi ke pusat vaksinasi namun gagal mendapatkan suntikan,” ujar sumber tersebut sebagai memetik kata-kata Prayut.

“Vaksinasi tanpa janji temu adalah suatu isu sensitif dan hendaklah dikendalikan dengan berhati-hati,” katanya.

Selain itu, Prayut turut memberi amaran kepada agensi-agensi terlibat agar tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan mengenai vaksinasi tanpa janji temu.

Di Thailand, Pentadbiran Situasi adalah satu-satunya agensi yang menyampaikan semua jenis maklumat berkaitan kepada orang ramai. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI