fbpx

18 singa Asia hilang, ratusan burung mati dibadai Taufan Tauktae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan perhutanan negeri akan melakukan tinjauan komprehensif terhadap 674 ekor singa di seberang Gir dan kawasan sekitarnya untuk melihat kesan Taufan Tauktae. - Indiatimes.com

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 18 ekor singa dilaporkan hilang dari  Amreli, Gir Somnath dan Bhavnagar apabila Taufan Tauktae membadai Ahmedabad, lapor akhbar Times of India.

Pegawai kanan hutan berkata ketiga-tiga daerah itu merupakan penempatan kepada 40 ekor singa.

“Kami berharap kesemua singa yang hilang itu berada dalam keadaan baik.

“Biarpun terdapat kemungkinan bahawa kesemua haiwan itu mungkin telah dibawa arus akibat hujan yang lebat, kami berharap kesemua haiwan itu sedang berlindung di kawasan dataran tinggi,” kata salah seorang pegawai kanan di Surashtra.

Ahmedabad merupakan satu-satunya habitat singa Asia yang masih hidup di India.

Bermula hari ini, jabatan perhutanan negeri akan melakukan tinjauan komprehensif terhadap 674 ekor singa di seberang Gir dan kawasan sekitarnya untuk melihat kesan Taufan Tauktae.

Dari jumlah tersebut, sekitar 340 singa dilaporkan tinggal di kawasan sekitar di luar tempat perlindungan Gir. 

Sementara itu, orang awam terkejut apabila melihat gambar bangkai burung yang mati bertebaran di bawah pokok akibat pukulan taufan.

Gambar burung bangau dan burung-burung lain memberikan gambaran kemusnahan yang diakibatkan oleh taufan terhadap hidupan liar di Greater Gir.

“Sarang burung rajawali, bangau dan kormoran bertebaran di pokok-pokok, menggambarkan bahawa jumlah burung yang mati adalah besar,” kata Uday Vora yang merupakan pesara pegawai perhutanan.

Di Barbara, sebanyak 650 ekor burung kecil menyerupai anak pipit dan burung telanjuk mati akibat taufan itu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI