fbpx

Lawatan kerja Menteri Kesihatan di Hospital UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (dua dari kanan) melihat peralatan disediakan di Hospital UiTM Puncak Alam hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba hari ini melakukan lawatan kerja ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.

Lawatan kerja itu antara lain bagi menyaksikan sebahagian persediaan keseluruhan menghadapi kemungkinan peningkatan kes Covid-19 pada masa akan datang.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Facebook, tujuan lawatan itu juga bagi menjalin kerjasama kolaboratif dengan hospital pengajar seperti Hospital UiTM Puncak Alam.

“Adham melihat sendiri penyediaan wad ICU dan keperluan logistik di hospital tersebut bagi membantu kerajaan menangani Covid-19 secara bersepadu.

“Di samping itu, beliau turut meninjau fasiliti yang ada di hospital tersebut agar ia dapat dikongsi secara optimum, serta membincangkan kerjasama strategik bersama UiTM bagi meningkatkan keupayaan negara menangani wabak Covid-19 melalui strategi ‘whole of government approach’,” katanya hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah; Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, Prof. Ts. Dr. Roziah Janor dan Pengarah Hospital UiTM, Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Klinikal), Prof Madya Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail; Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal), Dr. Izzat Ismail; Timbalan Pengarah (Pengurusan), Mohd. Rizal Nordin dan Timbalan Pengarah (Kewangan), Alzura Alang Idris. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI