fbpx

Kuasa dan pengaruh lagu raya moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
NOR ERYANI YUSUP, WARTAWAN EKSEKUTIF

SABAN tahun acap kali Syawal menjelma, pasti kedatangan lagu-lagu baharu daripada artis tempatan menyuntik ‘mood’ kemeriahan Aidilfitri menerusi karya terkini daripada mereka.

Biarpun ironinya lagu-lagu raya malar segar tetap menjadi pilihan dan nombor satu pendengar serta stesen radio, namun itu tidak bermakna peluang karya-karya baharu zaman moden tertutup untuk dibawa ke depan.

Sepanjang tahun ini, kemeriahan sambutan lebaran diserikan dengan banyak lagu raya baharu termasuk daripada barisan artis muda yang turut cuba memikat selera pendengar masa kini.

Tidak dinafikan kemunculan lagu-lagu raya baharu diterima baik oleh peminat, meskipun ­nuansanya cukup berbeza dengan karya malar segar sedia ada.

Mengambil contoh lagu Pejam Celik Hari Raya dendangan artis muda Iman Troye yang kini mencatat lebih 7.1 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan secara rasmi pada 9 April lalu.

Selain irama yang rancak, ditambah pula dengan usaha penyanyi itu mengadakan cabaran tarian #PejamCelik menerusi aplikasi TikTok menjadikan lagu tersebut mudah melekat dalam hati pendengar.

Sama kisahnya dengan kumpulan penyanyi wanita Dolla yang muncul dengan lagu Raya Raya Raya yang kini mencecah lebih 1.8 juta tontonan di YouTube.

Senang kata, penyanyi seper­ti Iman dan Dolla mempunyai pengaruh besar untuk menarik perhatian pendengar yang keba­nyakannya orang muda terma­suk kanak-kanak.

Berbanding lagu raya lama, karya moden zaman kini lebih menjurus ke arah sesuatu yang rancak dan menghiburkan. Tiada lagi lirik dan muzik yang mampu menderu air mata.

Mungkin memandangkan ­situasi semasa semua orang yang sedang ‘tertekan’ tidak dapat pulang beraya di kampung, mereka tampil dengan inisiatif menyuntik elemen ceria dalam lagu.

Itulah konsep ditekankan dalam genre sebuah lagu raya berjudul Kecoh Raya hasil kerjasama platform TikTok dengan syarikat Universal Music Malaysia dan Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. yang menampilkan lapan selebriti terkenal.

Memetik kenyataan Pengurus Pemasaran Kanan Wilayah SEA TikTok, Loh Kai Zhi, Kecoh Raya misalnya menjadi antara salah sebuah lagu raya moden yang menampilkan suasana lebaran ceria kepada pendengar.

“Kebanyakan lagu raya sedia ada lebih melankolik dan berce­rita tentang perasaan sayu dan syahdu apabila tidak dapat beraya bersama ahli keluarga.

“Berbeza dengan Kecoh Raya, lagu ini menampilkan suasana raya yang ceria sekali gus me­nyuntik elemen positif kepada pendengar,” katanya.

Sama halnya dengan penyanyi muda berbakat besar Yonnyboii yang meletakkan harapan agar lagu raya baharunya bersama lima lagi rakan penyanyi rap berjudul Rap Der Raya membuka hati pendengar untuk mengha­yati karya daripada generasi baharu seperti mereka.

Rap Der Raya disuntik elemen kelainan iaitu nuansa hip hop segar selain komposisi muziknya digabungkan dengan bunyi mo­den dan 1980-an.

“Pada mulanya, saya rakam lagu ini berseorangan di rumah tetapi kemudiannya rakan pe­nyanyi, Luca Sickta beri sentuhan dan nafas segar untuk melodi.

“Kami percaya lagu ini akan memberi impak besar dalam dunia seni tanah air kerana kami menyuntik elemen baharu untuk trend penghasilan lagu raya berbanding sedia ada di pasaran,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI