fbpx

KASA keluarkan notis kerja nyahenap cemar mulai 1 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan mengeluarkan notis pemberitahuan untuk melakukan kerja nyahenap cemar secara berperingkat kepada 1.3 juta pemilik premis yang masih menggunakan tangki septik di negara ini mulai 1 Jun ini.

KASA menerusi kenyataan memaklumkan, pengeluaran notis itu bagi membolehkan peraturan baharu iaitu Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021 yang telah berkuat kuasa 30 Mac lalu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurutnya, semua pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis bersambung dengan tangki septik atau mempunyai tangki septik perlu melakukan nyahenap cemar secara berjadual yang akan dilakukan oleh lndah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.

“Jadual nyahenap cemar tangki septik di dalam kawasan pengoperasian pihak berkuasa tempatan (PBT) dijadualkan setiap dua tahun sekali.

“Selain itu, tangki septik yang terletak di luar sempadan mana-mana PBT, nyahenap cemar dijadualkan setiap tiga tahun sekali,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemilik tangki septik juga boleh mendapatkan perkhidmatan nyahenap cemar daripada IWK di luar penjadualan, sekiranya tangki septik memerlukan pengosongan lebih cepat daripada tarikh penjadualan asal.

Sementara itu, KASA memaklumkan, 90 peratus daripada 1.3 juta pemilik premis yang menggunakan tangki septik tidak menyelenggara dan mengosongkan tangki septik secara berkala sekali gus menyebabkan berlakunya pencemaran ke atas sumber air.

“Penyelenggaraan atau nyahenap cemar secara berjadual amat penting bagi melindungi masyarakat daripada terdedah kepada penyakit bawaan air seperti taun, hepatitis dan sebagainya,” katanya.

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021, pemilik premis boleh menghubungi pihak IWK di talian 03-2780 1100.

Mereka juga boleh memuat turun apllikasi mudah alih IWK di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery serta melayari laman web www.iwk.com.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI