fbpx

4,865 kes; semua negeri rekod kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,865 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 479,421 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut,

Selangor merekodkan 1,743 kes iaitu kekal negeri tertinggi, diikuti oleh Sarawak sebanyak 512 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 477 kes.

“Negeri lain ialah Johor (407 kes), Kelantan (406 kes), Kedah (244 kes), Pulau Pinang (220 kes), Perak (160 kes), Terengganu (156 kes), Pahang (152 kes), Negeri Sembilan (149 kes), Melaka (127 kes) dan Sabah (95 kes).

“Selebihnya, Putrajaya (sembilan kes), Labuan (enam kes) dan Perlis (dua kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI