fbpx

Pemandu teksi guna tangkal azimat elak dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu teksi di Thailand percaya tangkal azimat boleh melindungi mereka daripada jangkitan Covid-19. - AFP

BANGKOK – Pemandu teksi sekitar Thailand menggunakan tangkal azimat sebagai pelindung daripada dijangkiti Covid-19, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Salah seorang pemandu teksi, Sopee Silpakit, 65, berkata dia menggunakan cara tersebut bagi melindungi diri memandangkan pekerjaannya membuatkan dia terdedah dengan orang awam setiap hari.

“Saya berdoa pada tangkal ini setiap hari dan meminta supaya virus itu tidak mendekati saya,” katanya.

Tambah Silpakit, dia percaya tangkal itu boleh melindungi serta mengekalkan kesihatannya.

Masyarakat Thailand yang majoritinya beragama Buddha mempunyai kepercayaan pelik bahawa keuntungan dan nasib baik boleh diperoleh daripada benda-benda yang diberkati.

Silpakit yang mempunyai lebih daripada 100 objek diberkati dalam kenderaannya berkata dia menjadi lebih yakin teksinya bebas virus jika menyimpan tangkal tersebut.

“Saya tidak kisah berapa pun harga tangkal yang ada di dalam teksi ini,” katanya.

Seorang lagi pemandu teksi, Wasan Sukjit berkata koleksi tangkal termahal yang dimiliki berharga antara 10,000 baht hingga 20,000 baht (RM1,316 hingga RM2,632).

“Namun, perlindungan sebenar daripada Covid-19 tentulah pemakaian pelitup muka dan juga cecair pembasmi kuman,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI