fbpx
Keadaan tenang di Pantai Port Dickson susulan pematuhan SOP ketat rakyat

Pantai Port Dickson terkawal, pengunjung patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Keadaan di sepanjang pantai Port Dickson terkawal dan orang ramai tidak berkumpul secara beramai-ramai untuk bersantai atau mengambil gambar sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, hasil pemantauan berkala oleh anggota polis di kawasan pantai mendapati pengunjung tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

“Memang ada yang bergambar di pantai tetapi tidak ramai seperti kebiasaan, kebanyakan yang datang (ke pantai) merupakan ahli keluarga dan terdiri daripada kumpulan kecil dua ke tiga orang.

“Hasil pemantauan juga mendapati pengunjung merupakan orang tempatan dari kawasan sekitar Port Dickson kecuali tiga individu yang dikenakan kompaun RM5,000 seorang, Sabtu lalu kerana didapati merentas daerah tanpa kebenaran ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, rata-rata pengunjung mengambil kesempatan untuk membawa keluarga ke pantai memandangkan aktiviti menziarah sepanjang Aidilfitri tidak dibenarkan seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ada juga dalam kalangan mereka seolah-olah tidak pasti tentang SOP sama ada dibenarkan berada di pantai atau tidak.

“Setakat ini, SOP di pantai masih sama seperti PKP sebelum ini di mana orang ramai tidak boleh berkumpul secara beramai-ramai di tempat awam serta penggunaan taman permainan tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun bagi keluarga yang terdiri daripada kumpulan kecil dua ke tiga orang, kita nasihatkan supaya tidak berada lama di kawasan pantai dan mereka mengambil masa antara 15 ke 30 minit sahaja sebelum beredar.

Tambah beliau, secara keseluruhan terdapat 21 pasukan task force SOP di Port Dickson yang melakukan pemantauan 24 jam dengan enam anggota ditugaskan membuat rondaan secara berkala setiap empat jam di kawasan pantai yang menjadi tumpuan di Batu 1 hingga Batu 10.- K! ONLINE

POPULAR