fbpx

Bank Islam teruskan ETRA untuk bantu pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank Islam sedia membantu pelanggan mengikut keadaan kewangan masing-masing, berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) akan meneruskan bantuan pembayaran semula bersasar dipertingkatkan (ETRA) kepada pelanggan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sebelum ini, Bank Islam telah mengumumkan permohonan ETRA akan ditutup pada akhir Jun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Muazzam Mohamed ber­kata, langkah tersebut bertujuan untuk membantu peminjam me­­­ngi­kut keadaan kewangan ma­sing-masing, berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Menurut beliau, selaras de­ngan bantuan pembayaran bersasar (TRA) sedia ada yang ditawarkan mengikut kelayakan pelanggan, Bank Islam kini menawarkan pelanggan di bawah bantuan moratorium iaitu tambahan tiga bulan penangguhan ansuran pembiayaan mereka.

Bagi pelanggan yang sebelum ini memilih untuk mengurangkan bayaran ansuran pembiayaan pula, me­reka la­yak menerima lanjutan tempoh bayaran selama enam bulan dengan keperluan dokumentasi yang lebih ringkas.

“Bank turut memberi jaminan bahawa bantuan kewangan akan kekal tersedia, termasuk dan tidak terhad kepada ha­nya TRA, tetapi turut meliputi bantuan jangka panjang lain se­perti pakej penjadualan dan penstrukturan semula.

“Bantuan turut tersedia kepada pelanggan daripada pelbagai kumpulan pendapatan, perniagaan mikro dan pelanggan terjejas ekoran pelaksa­naan PKP terbaharu ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Mohd. Muazzam menyeru pelanggan yang sebelum ini telah menerima bantuan pembayaran bersasar tetapi masih memerlukan bantuan kewangan untuk menghubungi pihak bank.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI