fbpx

Timbalan Menteri Besar Kelantan lelong keris bantu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara koleksi keris yang sedang dilelong oleh Mohd. Amar menerusi entri Facebook miliknya hari ini.

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah melelong empat bilah keris bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang sedang ditindas rejim Zionis ketika ini.

Mohd. Amar berkata, beliau menyasarkan kutipan sebanyak RM20,000 menerusi lelongan amal itu memandangkan empat bilah keris koleksi peribadinya itu mempunyai nilai tersendiri.

Menurutnya, salah satu koleksi yang akan dilelong itu adalah Keris Melela Lok 5 yang dihasilkan oleh tukang besi terkenal Kelantan iaitu Allahyarham Stopa.

“Bagi peminat keris, mesti tahu kualiti yang dihasilkan oleh tokoh berkenaan.

“Menariknya keris itu bertatahkan perak, lok cun, hulu pipit teleng, gelang dan kasut putih,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Naib Presiden Pas itu, kesemua
hasil jualan akan salurkan sepenuhnya bagi membantu rakyat Palestin menerusi program #Aid4Palestin.

Katanya, usaha itu merupakan salah satu bentuk sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.

“Segala perkembangan terbaru mengenai jualan itu akan dimaklumkan kepada orang ramai menerusi entri laman sosial facebook milik saya nanti,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI