fbpx

Warga asing terlibat judi dalam talian diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu warga asing yang ditahan di sebuah premis di Jalan Hang Tuah 3, Taman Salak Selatan semalam.

PETALING JAYA – Dua individu warga asing diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mesin perjudian dalam talian di sebuah premis yang terletak di Jalan Hang Tuah 3, Taman Salak Selatan semalam.

Kedua-dua suspek warga asing yang ditahan pada pukul 4 petang tersebut terdiri daripada seorang lelaki (pelanggan) berusia 38 tahun dan seorang wanita(penjaga) berusia 26 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua suspek tersebut turut didapati gagal mengemukakan pas perjalanan yang sah ketika ditahan.

“Suspek juga telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk tindakan lanjut.

“Polis turut merampas barangan yang digunakan untuk kegiatan perjudian seperti tablet pelbagai jenama (7), alat kawalan jauh (1), penghala internet (1) dan wang tunai sebanyak RM100,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Anuar, polis Brickfields akan terus kekal fokus bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian haram.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Polis Brickfields di talian 03 2297 9222, Polis Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI