fbpx

551 individu ditahan langgar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Seramai 551 individu ditahan semalam ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti gagal memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 519 individu dikompaun manakala 32 orang lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butitan diri (124), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (101), tiada penjarakan fizikal (92) da tidak memakai pelitup muka (80).

“Selain itu, seramai tiga individu ditahan kerana merentas negeri tanpa daerah selain lain-lain kes sebanyak 151 individu,” katanya di sini tadi.

Dalam perkembangan lain, tiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan kerajaan melibatkan dua di Pahang dan satu di Sabah.

“PKPD di Pahang melibatkan kawasan Kampung Paya Teh di Jerantut dan Seri Kemunting, Kuantan selain Kampung Sungai Langgas, Kunak, Sabah,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI