fbpx

Penganggur didakwa bunuh, liwat bayi asuhan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Badruldin didakwa atas pertuduhan membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di bawah asuhan isterinya bulan lalu.

Bagi pertuduhan membunuh, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohamed Baldaruldin Mohamed, 36, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan antara pukul 8 pagi hingga 3.30 petang di sebuah unit blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang di sini pada 27 April lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii pada mangsa sama, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dilakukan pada waktu, tempat dan tarikh yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alison Chan May Kam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan mahkamah kemudian menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada 28 April daripada seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh.

Menurut Fakhrudin hasil pemeriksaan lanjut ke atas bayi tersebut mendapati mangsa telah meninggal dunia dan terdapat kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur.

Tambah beliau, kematian bayi berkenaan berpunca apabila mulutnya ditekup sehingga berlaku kesesakan nafas dan menyebabkan kematian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI