fbpx

Chelsea sedia benam skuad The Gunners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL (kiri) berharap Christensen segera pulih selepas dia mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Manchester City baru-baru ini.

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berharap skuad kendaliannya mencatat kemenangan ke atas Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi esok bagi menjamin kedudukan empat teratas liga.

Meskipun hanya memerlukan satu kemenangan untuk memastikan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan, namun Tuchel menggesa pemain-pemainnya memberi sepenuh tumpuan dalam semua baki perlawanan.

Katanya, setiap perlawanan sangat penting buat The Blues memandangkan semua pihak memberi sepenuh tumpuan terhadap pasukannya selepas mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim ini.

“Bagi saya, semua perlawanan sangat penting buat Chelsea, tidak kira dalam pertandingan apa sekalipun. Kami perlu berikan 100 peratus untuk mencapai impian pasukan.

“Buat masa sekarang, pasukan berada dalam keadaan terbaik dan cukup bersemangat. Saya tahu tekanan berada pada pihak kami menjelang perlawanan itu tetapi kami perlu hadapinya de­ngan tenang,” kata Tuchel.

Sementara itu, beliau juga berharap pemain pertahanan, Andreas Christensen segera pulih selepas dia mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Manchester City sebelum ini.

“Saya sangat berharap kecederaan yang dialami tidak terlalu serius dan harap dia pulih segera. Sekiranya ia kecederaan jangka panjang, sudah tentu ia beri ke­sukaran kepada kami,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI