MUAR – Ketibaan Syawal yang sepatutnya membawa kegembiraan kepada semua seolah-olah mengundang duka buat seorang wanita apabila kehilangan anak lelaki tunggalnya yang cukup disayangi akibat lemas.
Walaupun peristiwa hitam itu telah berlaku sedekad lalu, namun Urah Chek, 54, masih belum dapat melupakan peristiwa anak bongsunya, Muhammad Rafiuddin Hassan pergi dijemput Ilahi pada ketika umat Islam sedang meraikan malam Aidilfitri. Ketika itu anaknya berusia 10 tahun.
Mengimbau semula kejadian itu, Urah berkata, dia masih ingat bagaimana perasaannya apabila menemui pakaian, selipar dan basikal anaknya yang ditinggalkan di tepi tebing tali air berdekatan rumahnya.
Lebih memedihkan, apabila pasukan penyelamat kemudian menemu jasad anaknya dan seorang lagi anak jirannya yang turut lemas ketika mandi di tali air tersebut.
“Ia berlaku pada 9 September 2010 bersamaan 30 Ramadan 1431 Hijrah. Dia anak bongsu daripada lima beradik.
“Sebelum kejadian, arwah ada meminta izin daripada suami dan kakaknya untuk keluar bermain basikal bersama rakannya pada pukul 3.30 petang di kawasan taman perumahan. Ketika itu saya sibuk di dapur menyiapkan juadah raya,” katanya ketika ditemui di Taman Bakri Maju, Bakri di sini.
Tambahnya, mereka sekeluarga mulai bimbang apabila kelibat anaknya langsung tidak kelihatan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang ketika itu.
Menurut Urah, pada masa itu dia menjadi gelisah memikirkan di mana anaknya hinggakan tidak berselera untuk berbuka.
“Kami kemudian bergegas ke rumah keluarga rakan arwah yang dikenali sebagai Mohd. Hakimi. Kami terkejut apabila keluarga kanak-kanak itu juga menghadapi situasi sama,” katanya.
Ujar Urah, mereka kemudian membuat laporan polis kerana bimbang dua kanak-kanak itu mungkin diculik atau sebagainya.
“Ketika orang lain riuh rendah nak sambut raya, kami pula sibuk mencari anak hilang. Kami dah tak fikir untuk beraya kerana bimbangkan keselamatan arwah. Kami mencari hingga ke pagi,” katanya.
Menurut Urah, dia jadi tidak tenteram sehingga selepas subuh sebelum terfikir tentang tali air yang terletak 500 meter di belakang rumahnya. Suaminya pula mencari di kawasan sekitar dengan menaiki motosikal.
“Sebaik sampai pada pukul 7.30 pagi pada 1 Syawal, saya menemui pakaian, selipar dan basikal anak dan rakannya di tepi tebing tali air sebelum balik untuk memaklumkan kepada suami,” katanya.
Tambah Urah, hatinya luluh apabila melihat tubuh kaku Muhammad Rafiuddin dan Mohd. Hakimi ditemui di dasar tali air oleh pasukan penyelamat dua jam kemudian.
“Tragedi itu meninggalkan kesan mendalam kepada kami.
“Ia akan diingati setiap kali Ramadan dan Syawal. Kenangan bersama arwah tidak akan kami lupakan,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Urah, mereka reda dengan pemergian Muhammad Rafiuddin cuma menjadi sebak setiap kali mendengar takbir raya di pagi Syawal. – K! ONLINE.

Tragedi ragut kemeriahan Syawal
- Oleh NUR ALINA HASSAN
- 11 Mei 2021, 9:38 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Liga Super: PDRM FC ‘tembak’ KTRW FC
20 September 2025, 11:33 pm

Kawasan kebocoran paip gas Kerteh dikecilkan 500 meter
20 September 2025, 11:26 pm

EPL: Liverpool masih terlalu kebal
20 September 2025, 9:51 pm

Polis Perak perkukuh kawalan keselamatan Sultan Nazrin
20 September 2025, 9:23 pm

Tembak polis: Perebutan harta dipercayai motif wanita dibunuh
20 September 2025, 9:16 pm

Tayar ditembak, suspek kes pecah rumah lari 60km diberkas
20 September 2025, 9:09 pm

Sudahlah 2 hari dalam telaga, dipatuk ular pula!
20 September 2025, 9:00 pm

China Masters: Aaron-Wooi Yik kempunan ke final
20 September 2025, 8:41 pm