fbpx

Tradisi mantai diteruskan ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur untuk membeli daging segar daripada peniaga, Mohd. Hazli Othman sempena aktiviti mantai yang menjadi tradisi masyarakat Negeri Sembilan. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Aktiviti ‘mantai’ yang menjadi tradisi masyarakat Negeri Sembilan tetap meriah walaupun Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut sederhana berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Tinjauan di sekitar Seremban mendapati Mantai berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan terdapat aktiviti menjual daging ternakan khususnya lembu dan kerbau di lokasi tumpuan ramai atau di tepi jalan.

Seorang peniaga daging, Mohd. Hazli Othman dari Temiang, 41, berkata, walaupun dalam PKP, sambutan mantai tahun ini amat menggalakkan dan orang ramai tidak melepaskan peluang membeli daging segar untuk memasak juadah Hari Raya Aidilfitri.

“Mantai tahun ini berlangsung selama tiga hari bermula Ahad lalu sehingga hari ini dan saya telah menyediakan 27 ekor lembu untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Walaupun harga bagi daging pejal lembu agak tinggi RM40 per kilogram berikutan harga daripada pembekal juga tinggi tetapi pelanggan faham dan mereka tetap berpuasa hati kerana kualiti daging segar yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui di gerainya di Sikamat di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Hazli memberitahu, tahun ini sedikit berbeza apabila kebanyakan pelanggan membuat tempahan awal bagi mengelak mereka bersesak-sesak membeli daging di gerai kami.

Bagi seorang pelanggan, Mohammed Nizar Mohammed Hafidz, 35, dia mula beratur untuk membeli daging selepas Solat Subuh bagi mengelakkan kesesakan dan beratur panjang.

“Alhamdulillah awal pagi tadi orang belum ramai dan saya dapat mebeli daging lembu segar serta tulang rusuk untuk juadah raya.

“Mantai yang tradisi masyarakat di sini tetap diteruskan walaupun kita tidk dapat rentas negeri dan daerah untuk pulang ke kampung,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI