fbpx

Tiga lagi kawasan diletakkan bawah PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tiga lagi kawasan diletakkan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masing-masing di Pahang, Terengganu dan Perak.

Ia membabitkan tiga perkampungan dalam Mukim Tras, Raub, Pahang; Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Mukim Pelagat, Besut, Terengganu dan MRSM Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Mukim Tras dan MRSM Pengkalan Hulu akan bermula pada 13 hingga 26 Mei manakala, PKPD di Mukim Pelagat bermula 14 hingga 27 Mei ini.

Beliau berkata, PKPD di Mukim Tras membabitkan Kampung Baru Tras, Kampung
Sungai Cheetang dan Kampung Sang Lee apabila 17 kes positif Covid-19 direkodkan sehingga kini.

“Selain itu, PKPD di Mukim Pelagat dilaksanakan susulan 52 kes positif Covid-19 direkodkan hasil 86 ujian saringan kepada penduduk di lokasi berkenaan.

“Dalam pada itu, sebanyak 91 kes positif Covid-19 direkodkan di MRSM Pengkalan Hulu hasil 547 ujian saringan terhadap penghuni maktab berkenaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya turut melanjutkan tempoh PKPD di lima penempatan sekitar Sungai Klau, Raub, Pahang bermula 13 hingga 26 Mei ini berikutan masih berlaku penularan kes positif di kawasan itu.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut memutuskan untuk menamatkan PKPD di dua penempatan sekitar Sungai Chalit, Raub, Pahang dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan selepas tiada lagi jangkitan kes aktif.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 454 lagi individu dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI