fbpx

Polis sahkan bayi 9 bulan dibunuh, diliwat suami pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di rumah inilah mangsa dibunuh dan diliwat suami kepada pengasuh dalam kejadian pada 27 April lalu.

PETALING JAYA – Tidak berperikemanusian apabila bayi lelaki berusia sembilan bulan dibunuh sebelum diliwat suami kepada pengasuh di sebuah rumah di Kelana Jaya, di sini pada 27 April lalu.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakala suspek wanita (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada 28 April daripada seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh.

“Pegawai berkenaan memaklumkan telah menerima pesakit (mangsa) yang berusia sembilan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa suspek yang mengaku sebagai pengasuh.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bayi tersebut mendapati mangsa telah meninggal dunia dan terdapat kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin (kiri) ketika sidang akhbar, di IPD hari ini.

Jelasnya, bertindak atas maklumat dan hasil risikan, pada 29 April sekitar pukul 8 malam, sepasukan polis dari Balai Polis Kelana Jaya dan Cawangan D9 telah memberkas pasangan suami isteri yang berusia 36 tahun itu di sebuah rumah di kawasan Kelana Jaya.

“Jabatan Forensik ketika melakukan siasatan telah merampas pelbagai barangan yang disyaki telah digunakan dalam kejadian itu, antaranya dua lampin pakai buang, seluar, karpet dan peralatan seks yang dibungkus dalam baju.

“Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut disyaki ditekup menggunakan tangan dan beberapa kesan koyakan di bahagian dubur disyaki akibat kemasukan benda tumpul,” ujarnya.

Tambah beliau, kematian bayi berkenaan berpunca apabila mulutnya ditekup sehingga berlaku kesesakan nafas dan menyebabkan kematian.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

“Semakan rekod jenayah lampau ke atas kedua-duanya mendapati, suspek lelaki mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan kedua-duanya direman selama 13 hari bermula 30 April lalu sehingga esok,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI