fbpx

Pemandu lori didakwa bunuh tukang masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Hisham dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas didakwa membunuh Che Janiah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang tukang masak di Tepoh, Kuala Nerus pada 17 April lalu.

Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, yang memakai baju T berwarna hitam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd. Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membunuh Che Janiah Jaafar, 55, di KM 16, Jalan Kelantan, Kampung Padang Air di Tepoh, Kuala Nerus.

Badrul Hisham didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 9.30 malam, 16 April dan 7.15 malam, pada 17 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kosmo! 18 April lalu melaporkan satu mayat yang rentung kecuali sebahagian kaki kanan
ditemui seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut pada pukul 7.15 pagi.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diumumkan Jumaat lalu mengesahkan identiti mangsa sebagai Che Janiah yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Durian Guling, Marang pada 16 April lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI