fbpx

90 peratus penumpang bas rentas negeri kerana PJJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bas ekspres di terminal Penang Sentral di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Kira-kira 90 peratus penumpang bas di terminal bas Penang Sentral, Butterworth di sini melakukan rentas negeri atas alasan pasangan jarak jauh (PJJ).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya berpuas hati apabila pemeriksaan malam ini mendapati kesemua penumpang mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak berkuasa.

“Ini kerana penumpang perlu menunjukkan permit rentas negeri berkenaan ketika membeli tiket di kaunter dan semasa mahu menaiki bas.

“Kebanyakan penumpang mahu merentas negeri kerana PJJ iaitu kira-kira 90 peratus, manakala selebihnya ada pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian dan urusan bekerja,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di terminal berkenaan malam ini.

Dalam perkembangan berbeza, Noorzainy berkata, pihaknya akan mengadakan 12 sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula di seluruh daerah itu tengah malam ini. – K! ONLINE

HABIS///

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI