fbpx

Wanita dakwa diculik makhluk asing sebanyak 53 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang wanita mendakwa dirinya pernah diculik oleh makhluk asing lebih 50 kali sejak kecil malah pernah dibawa menaiki objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Paula Smith, 50, yang mempunyai bukti dirinya diculik itu mendakwa, dia diculik berkali-kali sehingga meninggalkan kesan lebam pada badannya.

“Saya sudah mengalami 53 insiden paranormal. Tiada amaran diberikan dan kejadian itu berlaku begitu sahaja.

“Saya hanya mampu meneruskan kehidupan seperti biasa kerana jika tidak saya akan menjadi gila,” ujarnya.

Menceritakan mengenai pengalamannya berada di dalam UFO, Smith berkata, makhluk asing tersebut menunjukkan kepadanya teknologi yang tidak dimiliki oleh manusia.

Lukisan minyak yang dihasilkan Smith yang menggambarkan wajah makhluk asing yang menculiknya. – Caters News/Daily Mail

Selain itu, Smith turut mendakwa melihat kapal angkasa pada 1982 ketika berada dalam sebuah hutan.

“Saya cuba melarikan diri namun kaki terasa kaku dan seolah-olah terbenam ke dalam tanah. Kemudiannya, semuanya bertukar menjadi gelap,” ujarnya.

Meskipun telah diculik berkali-kali, Smith tidak pernah bercakap tentang hal tersebut selama ini kerana sedar orang akan menggelarnya tidak siuman.

“Namun, saya percaya ada jutaan orang seperti saya di luar sana yang mempunyai pengalaman yang sama,” katanya. – Agensi

POPULAR