fbpx

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut digilis pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut digilis sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Lahad Datu-Tawau kelmarin. - Foto IHSAN PDRM.

LAHAD DATU – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut digilis sebuah pacuan empat roda dalam satu kemalangan di Kilometer 28 Jalan Lahad Datu-Tawau kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, mangsa berusia 39 tahun berkenaan menunggang sebuah motosikal jenis Kawasaki Z800 dan dikatakan bergerak bersendirian dari arah Tawau menuju ke Lahad Datu.

Bagaimanapun, sebuah kenderaan yang berada di hadapan mangsa dipercayai memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba sehingga membuatkan mangsa terpaksa memperlahankan motosikal ketika tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, siasatan mendapati sebuah lagi motosikal jenis Honda CBR 954 yang datang lagi arah belakang dipercayai tidak sempat mengelak dan merempuh motosikal mangsa.

“Kejadian mengakibatkan mangsa terjatuh ke atas jalan bertentangan sebelum digilis sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kejadian terbabit manakala pemandu Toyota Hilux dan penunggang motosikal Honda CBR tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Rohan berkata, siasatan awal polis mengesyaki kejadian dipercayai berpunca akibat kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaan masing-masing dengan baik.

Bagaimanapun, menurut beliau siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Rohan menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dalam keadaan selamat dan berhemah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI