fbpx

Ibadah haji 2021 diteruskan dengan syarat khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibadah haji akan diteruskan bagi tahun ini dengan syarat khas yang bakal diumumkan kelak. - AFP

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mengumumkan ibadah haji akan diadakan tahun ini mengikut syarat kesihatan dan keselamatan khas berikutan pandemik Covid-19 yang masih belum reda, lapor akhbar Saudi Gazzete, semalam.

Kementerian Haji dan Umrah dalam satu kenyataan mengatakan bahawa ibadah haji akan diteruskan pada tahun ini dengan semua piawaian dan peraturan kesihatan, keselamatan dan peraturan sedia ada akan dipertingkatkan bagi menjaga kesihatan serta kesejahteraan jemaah.

“Institusi kesihatan di Arab Saudi akan terus menilai keadaan semasa Covid-19 dan mengambil semua langkah yang perlu untuk menjaga kesihatan seluruh umat manusia yang bakal menunaikan haji di sini,” tambah kementerian itu.

Kementerian mengatakan bahawa ia akan mengumumkan syarat-syarat khas dan rancangan organisasi bagi musim haji yang dijangka bermula 17 Julai hingga 22 Julai ini dalam masa terdekat.

Tahun lalu, Haji yang biasanya menyaksikan lebih daripada 2.5 juta umat Islam melakukan perjalanan ke Mekah dikurangkan untuk pertama kalinya dalam sejarah moden dengan hanya 1,000 jemaah yang mengambil bahagian kerana Covid-19. 

Memandangkan sempadan negara ditutup disebabkan oleh koronavirus, hanya mereka yang berada di Arab Saudi yang dapat menunaikan haji pada tahun lepas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI