fbpx

Cuba guna pas kerja untuk balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABD. RAHIM (tiga dari kanan) memeriksa surat perjalanan seorang pengguna jalan raya di SJR Jalan Tanjung Lumpur di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Ada segelintir pengguna jalan raya dikesan cuba pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan pas kerja atau surat majikan bagi melepasi sekatan jalan raya (SJR).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, bagaimanapun taktik itu gagal mengaburi pihak berkuasa, malah setakat ini sebanyak 1,333 kenderaan telah diarahkan berpatah balik.

“Perkara itu dikesan selepas pemeriksaan secara terperinci dilakukan ke atas dokumen yang dikemukakan ketika melalui sekatan jalan raya,” katanya selepas memeriksa SJR di Tanjung Lumpur, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Abd Rahim berkata, SJR ini dilakukan bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

“Kita terpaksa memeriksa satu persatu kenderaan kerana ada cubaan individu tertentu untuk melepasi SJR dengan pelbagai taktik. Misalnya, tiada dokumen perjalanan tetap dan beberapa borang yang tidak diisi dengan tepat.

“Ada beberapa individu yang cuba menggunakan pas kerja atau surat majikan untuk merentas negeri sedangkan tujuannya adalah pulang ke kampung dengan harapan pihak polis boleh membenarkan mereka merentas negeri,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, masyarakat seolah-oleh lupa bahawa SJR ini dilaksanakan bukan untuk menyusahkan mereka, sebaliknya mahu menyekat penularan jangkitan Covid-19.

Jelasnya, sebanyak 361 SJR dibuka seluruh negara bagi memantau keluar masuk kenderaan merentas negeri dengan membabitkan 6,579 anggota yang bertugas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI