fbpx

Wanita Vietnam jatuh Jambatan Pulau Pinang diselamatkan nelayan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga Vietnam bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 4.0 arah Seberang Perai petang tadi. - Foto IHSAN JBPM

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Vietnam diselamatkan nelayan selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 4.0 arah Seberang Perai dekat sini petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima laporan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.41 petang sebelum bergegas ke lokasi.

“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian, didapati seorang perempuan warga Vietnam telah terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang.

“Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh nelayan yang berada di sekitar lokasi ketika dia terjun,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah dibawa oleh nelayan berkenaan ke Jeti Polis Marin Batu Uban di sini sebelum diserahkan kepada pihak polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI