fbpx

Peniaga parah kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas terlibat kemalangan di Jalan Persiaran Aman Jaya 5 pada pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga cedera parah selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Persiaran Aman Jaya 5, berdekatan Saujana Permai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun dari Taman Penaga di sini cedera pada muka dan kaki.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu kereta jenis Toyota Corolla dikeluarkan anggota bomba.

Saksi kejadian, Ramlah Ali, 56, berkata, ketika kejadian dia bersama anak lelakinya menaiki Perodua Kancil di belakang kereta dipandu mangsa dari arah Ambangan Heights ke Kompleks Mahkamah Sungai Petani.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dilihat bergerak ke kiri dan kanan jalan sebelum merempuh pembahagi jalan seterusnya memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mangsa kemudian bertembung denga lori Nissan lima tan yang membawa polisterin,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI