fbpx

Lelaki terbabit  video cuba hasut institusi kehakiman dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Seorang lelaki yang dikatakan terbabit dengan satu pautan video cuba menghasut dan menjatuhkan institusi kehakiman negara yang dimuat naik ke YouTube akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang di sini esok.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihak polis telah menerima satu laporan yang dibuat seorang kakitangan Pejabat Kehakiman Negara pada 23 Januari lalu.

Oleh itu, katanya, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia dibuka bagi menyiasat laporan berkenaan.

“Pautan video tersebut telah memaparkan satu video yang bertajuk ‘Hakim kes 1MDB diugut oleh Najib Razak dalam Mahkamah Malaysia’ berdurasi selama kira-kira 20 minit di laman YouTube.

“Antara isi kandungan video berkenaan adalah mempersoalkan kewajaran penukaran Ketua Hakim Tinggi Kuala Lumpur, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah) kepada Mahkamah Tingi Kuala Lumpur (sivil) berkuat kuasa 1 Mac 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara sebelum arahan menuduh suspek di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998 diterima.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI