fbpx
Diana menerima suntikan pertama vaksin.

Diana Danielle selesai suntik dos pertama vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Diana Danielle memasuki senarai terkini golongan selebriti yang selesai menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca.

Pelakon tersebut berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video dalam Instagramnya ketika disuntik dos pertama vaksin AstraZeneca oleh petugas kesihatan.

“Alhamdulillah selesai dos pertama vaksin AZ (AstraZeneca). Tidak sakit dan disuntik dengan lembut oleh petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

“Terima kasih kepada Dr. Junaidi dan pasukan dan semua petugas barisan hadapan. Moga kita menang melawan Covid-19,” tulisnya dalam Instagram

Dalam perkongsian itu juga, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu berkata bahawa keadaannya baik-baik sahaja selepas mendapat suntikan vaksin dan berkemungkinan hanya akan mengalami simptom biasa seperti sakit kepala, demam dan keletihan.

“Tapi keadaan itu sebenarnya menunjukkan sistem ketahanan badan saya sedang bertindak balas dengan vaksin untuk membina ketahanan melawan virus.

“InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja dalam beberapa hari,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon filem Evolusi KL Drift itu turut menasihatkan orang ramai supaya tidak takut untuk mengambil suntikan vaksin untuk menjaga diri dan keluarga.

“Untuk anda yang telah mendapat peluang suntikan vaksin, tolong lakukannya. Mari sama-sama kita menjaga diri, keluarga dan masyarakat. Jaga diri semua,” katanya.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air selesai menerima suntikan pertama vaksin antaranya Kavita Sidhu, Datuk A. Aida dan Elira Loy. – K! ONLINE