fbpx

Anzalna beli karpet secara online saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Anzalna tentang karpet raya yang dibeli secara online mendapat perhatian netizen.

KETIKA Malaysia sedang kecoh dengan berita seorang selebriti ke Nilai 3 untuk membeli karpet, Anzalna pula mencuri perhatian ramai dengan perkara lain.

Tiada niat memerli mahupun meraih populariti murahan, Anzalna hanya berkongsi kegembiraannya mengenai karpet yang dibeli secara online sudah pun terhampar di rumahnya.

“Tak lama lagi dah nak raya! Saja bagi suasana nak raya, jadi kita tukar karpet baru beli online saja,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai sehingga ada yang memuji tindakan Anzalna membeli karpet tanpa perlu keluar rumah!

“Bagus Anzalna, tak perlu rentas negeri untuk beli karpet,” tulis seorang pengikut Instagramnya.

Betul juga apa yang dikatakan netizen. Dunia semakin maju dan teknologi juga sudah canggih, apa kata beli-belah secara dalam talian sahaja, jimat masa!

DIVA: Kasihan dengan nasib Ifa Raziah yang terpaksa membatalkan bazar Aidilfitri anjurannya baru-baru ini. Sabar ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI