fbpx

Perkasa sikap integriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEJAK akhir-akhir ini, timbul banyak isu berkaitan ­integriti khususnya dalam ­kalangan penjawat awam. Ia banyak melibatkan kes pecah ama­nah, ­rasuah, penyelewengan
dan ­penyalahgunaan kuasa ­yang ­dilakukan sesetengah indi­vidu.

Integriti menurut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud kejujuran, ketelusan, nama baik atau bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan.

Keruntuhan integriti tersebut akan menyebabkan berlaku pelbagai kepincangan seperti peningkatan amalan rasuah dan pecah amanah. Tidak kira, sama ada dalam organisasi awam mahupun swasta.

Individu yang tidak memiliki integriti akan sentiasa mencari peluang melakukan penyelewe­ngan demi kepentingan peribadi tanpa memikirkan im­plikasi terhadap imej organisasi dan negara.

Penulis percaya ketiadaan sikap integriti dalam setiap individu bakal meruntuhkan institusi dan mengancam keselamatan negara. Ia termasuk menjadi contoh yang tidak baik kepada generasi akan datang.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini berkata, tiga fokus utama untuk memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah sebuah pasukan polis yang menjaga keamanan, berintegriti dan berkhidmat untuk masyarakat.

Beliau berkata, tiga fokus ­ber­kenaan adalah untuk memperkasakan integriti dalam kalangan warga PDRM, memperkasakan sistem penyam­paian perkhidmatan PDRM dan meneruskan usaha kerajaan mengekalkan kesejahteraan masyarakat.

“Saya harap setiap pegawai dan anggota PDRM sentiasa ­dapat bersama-sama dengan saya bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di­lindungi sepenuhnya.

“Untuk memastikan ­perkara itu dicapai (memperka­sakan integriti), PDRM perlu mem­buat majlis ilmu seperti memberi ­penerangan dan meminta semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen ­Negeri, Ibu Pejabat Polis

Daerah dan balai-balai polis ­untuk ­mengadakan Latihan ­Dalam Perkhidmatan (LDP),” katanya.

Isu integriti dalam kala­ngan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi perkara utama yang akan diberi perhatian dan tumpuan bagi memastikan pasukan itu bebas daripada ancaman rasuah.

Hal ini terbukti apabila laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 yang dikeluarkan Transparency International (TI) pada Khamis mendedahkan, persepsi rasuah dalam kala­ngan penjawat awam di negara ini kembali membimbangkan apabila kedudukan Malaysia menjunam ke tangga 57 berbanding tangga 51 pada tahun 2019.

Untuk rekod, Indeks CPI adalah mengenai rasuah di sektor awam bagi setiap negara dan respondennya terdiri daripada ahli perniagaan, pe­nganalisis kewangan, pakar dalam pelbagai bidang dan pelabur asing.

Bercakap tentang isu rasuah di sektor awam, survei Global ­Corruption Barometer 2020 untuk Malaysia menunjukkan bahawa 71 peratus rakyat berpendapat rasuah dalam pentadbiran kerajaan adalah satu masalah besar dan secara langsung penjawat awam dikaitkan dalam isu ini.

Pemimpin masyarakat dan ahli politik juga ada adalah individu yang paling penting dalam usaha membentuk integriti ke­rana mereka yang menjadi contoh ikutan kepada generasi masa kini.

Negara masih mempunyai peluang dan ruang untuk membanteras rasuah sekiranya semua pihak memberi keutamaan kepada aspek integriti dalam memastikan negara ini terus maju ke hadapan.

Justeru, penulis harap semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda perlu sedar dan membudayakan sikap berintegriti setiap masa dan di mana sahaja anda berada.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI