fbpx

LZS santuni lelaki tinggal dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tinggal dalam kereta yang disantuni SSU LZS di Denai Alam di sini hari ini.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menghulur bantuan kepada seorang lelaki yang tinggal bersendirian dalam sebuah kereta berhampiran Denai Alam di sini hari ini.

Kisah tersebut dikongsi menerusi hantaran di laman sosial Facebook rasmi LZS apabila Skuad Saidina Umar LZS bergegas ke lokasi tersebut selepas menerima aduan daripada orang ramai.

LZS memaklumkan hasil siasatan mendapati lelaki berusia 52 tahun itu baru berhijrah dari Kedah dan sedang mencari pekerjaan di negeri ini.

“Sebelum ini, lelaki yang belum berkahwin itu tidur di kawasan rehat dan rawat namun terpaksa keluar kerana kawasan berkenaan telah ditutup.

“Ketika ini, dia tidak mempunyai sebarang punca pendapatan dan menjalankan aktiviti meminta sedekah di sekitar kawasan tersebut,” katanya.

LZS turut memberitahu pihaknya cuba mendapatkan rumah sewa untuk lelaki berkenaan selain dia turut didaftarkan sebagai asnaf fakir dan bantuan kewangan bulanan akan disalurkan bermula bulan ini.

“Namun dia memohon supaya diberikan sedikit masa supaya dapat mencari bilik atau rumah sewanya sendiri,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI