fbpx

Kakitangan klinik disyaki cabul doktor gigi direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KEMAMAN – Seorang kakitangan sebuah klinik di sini yang berstatus duda ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang doktor gigi wanita pada Disember lalu.

Lelaki berusia 32 tahun yang juga rakan sekerja mangsa ditahan di rumah keluarganya di Kampung Tanjung Putat, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek telah ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa ini.

“Sebelum ini, polis menerima aduan daripada seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan pegawai pergigian di sebuah klinik di daerah ini tentang dakwaan diganggu secara seksual oleh suspek.

“Mangsa yang sudah berumah tangga juga mendakwa dipaksa melakukan seks oral terhadap lelaki itu ketika sedang bertugas pada pukul 5.10 petang, 7 Disember tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, hasil ujian urin terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 dan Seksyen 377C akta sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI